RAKYAT SYRIA BERDEPAN DENGAN KEBULURAN DAN KRISIS BEKALAN MAKANAN
(Ayuh bantu selamatkan nyawa keluarga fakir Syria dengan menaja Kotak Makanan dan Pek Roti)
Hanya Infaq Serendah RM30 Sahaja, Anda Sudah Bantu Meringankan Beban Saudara Kita Di Sana

” Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”
– Al-Baqarah: 195
SITUASI TERKINI DI BUMI SYRIA: Sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024, Syria telah memasuki fasa baharu dalam usaha pemulihan negara.
Walaupun konflik selama lebih sedekad telah mengorbankan lebih 507,000 nyawa dan menyebabkan jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal.
Kini terdapat harapan baharu dengan lebih 115,000 pelarian Syria telah kembali ke tanah air mereka sejak perubahan pemerintahan.
Namun, cabaran masih berlanjutan dengan 12.3 juta kanak-kanak Syria memerlukan bantuan kemanusiaan dan ketidakpastian politik serta keselamatan terus mempengaruhi kehidupan seharian rakyat Syria.

BEBAN HIDUP MAKIN BERAT: Asbab hidup susah di kem pelarian, hari-hari rakyat Syria dipenuhi dengan derita dan kepahitan.
Bayangkan tuan/puan, mereka ini hanya tinggal di sebuah khemah yang diperbuat daripada kanvas, tiada bekalan air dan elektrik.

SUSAH NAK MAKAN: 2.37 billion orang tidak mempunyai makanan atau tidak dapat makan diet seimbang yang sihat secara berkala, termasuk rakyat Syria (sumber: SDG NO POVERTY)
Kehidupan yang serba daif juga telah memaksa anak-anak kecil menangis kebuluran kerana kebanyakan pelarian di Syria tiada pendapatan tetap yang membolehkan mereka membeli makanan.

BERKONGSI REZEKI: Taja Kotak Makanan & Roti
Atas dasar itu, CSM ingin mengajak semua pihak untuk sama-sama memberikan kegembiraan buat mereka yang amat memerlukan, dengan menaja kotak makanan.
Sasaran dana RM600,000 diperlukan untuk menyantuni 2,310 buah keluarga (bersamaan 14,000 individu) bagi Kotak Makanan dan 11,250 buah keluarga (bersamaan 54,900 individu) bagi Pek Roti di:
✅ Syria: Azaz, Albab, Afrin & Jarablus.
✅ Turki: Kilis & Gaziantep.
✅ Lubnan: Beqaa & Aarsal.
✅ Jordan: Mafraq
✅ Malaysia: Selangor
PENAFIAN :
1) Tahun lepas kami berjaya bantu seramai 27,000 penerima kotak makanan dan 24,000 penerima bantuan pek roti.
2) Tahun ini pula kami sasarkan untuk kumpulkan kos pemberian bantuan kotak makanan selama 1-2 bulan, dan kos pemberian pek roti selama 3 bulan.

Setiap kotak makanan yang diedarkan dilengkapi dengan bekalan makanan asas penerima manfaat seperti:
✅ Beras
✅ Pasta
✅ Minyak masak
✅ Kekacang
✅ Tepung
✅ Rempah ratus
✅ Makanan dalam tin
✅ Garam
✅ Gula
✅ Teh
Kotak makanan ini dianggarkan dapat bertahan sehingga 2 ke 4 minggu (bergantung kepada saiz keluarga).

Setiap keluarga akan menerima 1 kotak makanan dan 2 pek roti.

InsyaAllah, dengan adanya bantuan seperti ini, dapatlah saudara-saudara kita di Syria menjamu makanan berkhasiat dan anak-anak dapat membesar dengan baik.

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Penama: Persatuan Cinta Syria Malaysia
No. Akaun: 12300010011707
Rujukan: Kotak Makanan
Hulurkan sumbangan anda
Platform bantu berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membantu rakyat Syria secara konsisten bersama Cinta Syria Malaysia.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.
Soalan Lazim
Whatsapp untuk bantuan
Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.
Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.