❤️
PECUTAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN
– JEMPUTAN KHAS –
Cinta Syria Malaysia sekali lagi ingin menjemput tuan puan beristiqamah mengumpul pahala secara berterusan di 10 hari terakhir Ramadan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan bulan Ramadhan dalam malam ganjil.”
Aisyah R.Anha, katanya:
“Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.”
(HR Muslim)
Melalui sistem khas yang kami gunakan ini, akan membantu tuan puan untuk:
✅ Tidak terlepas peluang sedekah
✅ Istiqamah lakukan kebaikan
✅ Mudah & jimat masa
ANTARA KEMPEN PILIHAN YANG ANDA BOLEH BANTU PADA 10 HARI TERAKHIR INI
(1) Ramadan Mission: Iftar & Pek Roti

Info ringkas: Kempen khas untuk menaja set iftar buat pelarian merasai nikmat berbuka puasa dengan juadah yang enak setahun sekali. Satu pek roti pula mampu mengenyangkan sebuah keluarga yang sudah lama mengikat perut.
(2) Ramadan Mission: Food Parcel Winter

Info ringkas: Kempen tahunan untuk mempersiapkan mereka dengan Ramadan melalui agihan kotak makanan, yang berisi beras, gandum, rempah ratus, makanan dalam tin. Satu kotak makanan mampu bertahan 2 ke 3 minggu bergantung kepada saiz keluarga.
(3) EduMission: Bantuan Makanan

Info ringkas: Bukan sahaja membantu dari segi bekalan makanan, Cinta Syria Malaysia juga cakna terhadap pendidikan kanak-kanak Syria. Melalui, kempen Edu Mission (Bantuan Makanan), para pelajar dibekalkan makanan tambahan dan berkhasiat supaya mereka tidak kelaparan & dapat fokus dalam pelajaran.
Klik butang di bawah untuk menyumbang 👇
SEDEKAH SUBUH PEMBUKA PINTU REZEKI
MULAKAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN DENGAN SEDEKAH SUBUH
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.
Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”
Yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(HR Bukhari)

ANDAI ADA LEBIHAN REZEKI
DAFTAR SEDEKAH SECARA HARIAN SEHINGGA 30 RAMADAN
Cara untuk daftar sistem ini:
(1) Pilih Pakej Yang Anda Inginkan
(2) Pilih Kempen Yang Ingin Dibantu
(3) Isi Maklumat Penyumbang
(4) Masukkan Butiran Kad Kredit/Debit
(5) Sahkan & Selesai !
Pemotongan harian akan ditamatkan secara automatik pada 30 Ramadan (9 April).