Tanpa Klinik Percuma, Ribuan Pelarian Syria Hilang Harapan Untuk Terus Hidup Sihat

(Teruskan Menyokong Usaha Cinta Syria Malaysia Dengan Taja Kos Perkhidmatan & Perubatan, Terutama Anak-Anak Kecil & Wanita Hamil Serendah RM20)

“Disebabkan klinik-klinik ini terletak di antara kem pelarian, ia menjadikan komunikasi lebih mudah bagi wanita hamil dan kanak-kanak yang datang untuk pemeriksaan berkala.

Kita dapat menawarkan pemeriksaan percuma setiap hari dan setiap minggu sepanjang bulan, serta menyediakan ubat-ubatan percuma, bergantung kepada kemampuan kewangan”

Dr Mohamad, Pakar Kanak-Kanak, Medical Village


3 Sebab Kenapa Klinik Percuma Ini Penting Buat Pelarian Syria:

Klinik Medical Village adalah satu perjuangan untuk bantu menyelamatkan nyawa pelarian di negara bergolak akibat peperangan.

Sejak tahun 2019 lagi, projek klinik percuma ini telah memainkan peranan penting dalam menjamin kesihatan yang baik di kalangan pelarian Syria seperti:

1) Mengurangkan Beban Kewangan

Asbab masalah kewangan yang tidak stabil, kemudahan klinik percuma ini telah banyak memberi kelegaan buat pelarian Syria.

Di mana, golongan rentan seperti ibu mengandung serta anak-anak kecil tidak perlu lagi menangguhkan tempoh rawatan disebabkan kos yang mahal.

2) Akses Perkhidmatan Kesihatan Yang Mudah

Sebelum ini, klinik berdekatan di kawasan kem adalah sekitar 1 jam perjalanan menaiki kenderaan dari kawasan kem.

Jadi, dengan adanya inisiatif ini, rakyat Syria tidak perlu lagi berjalan jauh untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta di bandar.

3) Penjagaan Kesihatan Yang Komprehensif

Secara purata, kejayaan projek Medical Village pada tahun lalu telah membantu lebih 7,000 anak-anak kecil serta ibu mengandung mendapat rawatan komprehensif.

Ini termasuk rawatan konsultasi & ultrasound untuk ibu mengandung, ubat-ubatan serta vaksin yang diberikan secara percuma.

Sekaligus berjaya mengurangkan kadar penyakit berjangkit, komplikasi tinggi ibu mengandung serta penyakit malnutrisi di kalangan anak-anak kecil.


Kami Sasarkan Sebanyak 6,300 Pelarian Syria Mendapat Rawatan Percuma Tahun 2023!

Melihat kepada permintaan tinggi untuk projek ini, tim Cinta Syria Malaysia dengan kerjasama NGO Union of Relief and Development Associations (URDA),

Meneruskan lagi projek ini bagi peringkat kedua iaitu Klinik Medical Village 2.0 di kem pelarian Syria, Lubnan.

Menerusi projek ini, sasaran dana sebanyak RM166,000 diperlukan bagi menampung kos rawatan & perkhidmatan sepanjang tahun kepada:

✅ 2,700 wanita hamil
✅ 3,600 kanak-kanak pelarian Syria, Palestin & Lubnan


BAGAIMANA ANDA BOLEH BANTU RINGANKAN BEBAN MEREKA?


Anda boleh pilih pakej seperti di bawah:

✅ Pakej Rawatan, Perkhidmatan & Operasi – RM1,000
✅ Pakej Rawatan & Perkhidmatan – RM500
✅ Pakej Rawatan Keluarga 3 – RM300
✅ Pakej Rawatan Keluarga 1 – RM100
✅ Sumbangan Umum – RM 50
✅ Sumbangan Umum – RM 20

Kami dahulukan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian hati anda untuk bantu jayakan misi Medical Village ini.

InsyaAllah, hasil rezeki yang anda kongsikan ini akan memberi beribu manfaat buat saudara memerlukan.

” Semoga dengan 1 kebaikan yang anda lakukan hari ini, 1,000 kebaikan akan datang kepada anda.”


Allah Merahmati Orang Yang Belanjakan Harta Ke Jalan Allah

Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

(Surah Al-Baqarah: 261)

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Penama: Persatuan Cinta Syria Malaysia
No. Akaun: 12300010011707
Rujukan: Klinik

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.