Mereka Menanti Sebungkus Daging Daripada Anda
Rebut Pahala Korban & Pahala Sedekah Dengan Santuni 60,000 Keluarga Daif Di Sri Lanka
APA YANG BERLAKU DI SRI LANKA?
Sri Lanka mempunyai lebih kurang sebanyak 21 juta penduduk.
Majoritinya beragama Buddha manakala penduduk Islam hanya 10 peratus.
Iaitu kumpulan minoriti kedua selepas penganut Hindu.
Sejak 10 tahun lepas, masyarakat Muslim menjadi sasaran ‘kebencian’ sejak perang saudara dengan pemberontak Tamil.
Sebab itu, komuniti Muslim di sana sering ditindas dan dianggap sebagai agama pengganas.
Mereka juga tinggal jauh di kawasan pedalaman supaya keselamatan ahli keluarga terjamin.
KENAPA PERLU BERKORBAN DI SRI LANKA?
✅ MISKIN – HANYA SETAHUN SEKALI MAKAN DAGING
Sumber utama ekonomi saudara Sri Lanka hanya begantung pada sumber alam samata-mata seperti bercucuk tanam & menangkap ikan.
Jadi, kebarangkalian untuk beli daging memang diluar kemampuan mereka.
✅ DITINDAS – NEGARA MINORITI ISLAM
Komuniti Muslim dianggap sebagai pengganas.
Ini disebabkan perang saudara di antara Pelampau Islam dan pemberontak Tamil serta kes serangan terhadap tiga gereja yang berlaku kepada masyarakat Sri Lanka yang lalu.
✅ TIADA NIKMAT AIDILADHA – BERHARAP BANTUAN LUAR
Boleh dikatakan, jika tiada bantuan dari luar, maka hilanglah nikmat sambutan Aidiladha mereka.
Bukan itu saja, mereka juga terpaksa menunggu tahun depan untuk makan daging, itupun jika ada rezeki.
SEBAB ITU,
PROJEK KORBAN4HOPE DIANJURKAN DI SRI LANKA.
Ini merupakan tahun pertama program korban Sri Lanka di bawah kelolaan Cinta Syria Malaysia.
Moga ada sinar buat saudara kita di sana untuk makan daging berkhasiat Aidiladha ini.
PAKEJ KORBAN SRI LANKA
INI KELEBIHAN KORBAN BERSAMA CINTA SYRIA
Bagi anda yang ingin mendaftar korban bersama kami, anda akan menerima:
✅ E-sijil pembelian
✅ Gambar hasil penyembelihan
✅ E-book percuma
FEEDBACK PESERTA
YANG PERNAH KORBAN BERSAMA CINTA SYRIA
Walaupun program korban di Sri Lanka merupakan tahun pertama.
Tapi Cinta Syria Malaysia merupakan organisasi yang berpengalaman kerana sudah 10 projek korban telah berjaya dilaksanakan tak kira dalam atau luar negara.
KENAPA KITA PERLU BERKORBAN?
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).”
“Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi.
(Riwayat al-Tirmizi)
HIKMAH KORBAN YANG MUNGKIN KITA LUPA..
“Andai Belum Ada Rezeki Korban..”
Meskipun ibadah korban ini sangat dituntut, namun pasti ada antara kita yang belum berkemampuan untuk sertai korban.
Jadi, buat mereka yang tidak ingin terlepas keberkatan Aidiladha.
Kami membuka peluang untuk sertai SEDEKAH DAGING.
Mana tahu asbab sedekah ini, Allah akan murahkan rezeki anda untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun depan. Insha-Allah, amin.
ANDA PENYELAMAT AIDILADHA MEREKA..
Untuk Korban Secara Manual / Bank Transfer / CDM
Jenis Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Penama: Persatuan Cinta Syria Malaysia
No. Akaun: 12300010011707
Rujukan: Korban Sri Lanka
Cinta Syria Malaysia sekali lagi ingin menjemput tuan puan beristiqamah mengumpul pahala secara berterusan dengan berkongsi rezeki serendah RM5 sehingga 11 Zulhijjah bersamaan 18 Jun 2024.
Kami amat galakkan tuan/ puan menyumbang secara berterusan agar kami dapat bantu lebih ramai saudara Syria sediakan bekalan makanan Aidiladha ini.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Isi maklumat penyumbang.
3. Masukkan butiran kad kredit/debit.
4. Sahkan & Selesai
*Pemotongan ini akan dibuat hanya sehingga hari 11 Jun 2024. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.