Gandakan amal di penghujung Ramadan kenyangkan perut orang berpuasa tinggal

  

PECUTAN TERAKHIR RAMADAN

Hadiahkan Juadah Terakhir Iftar & Sahur Di 10 Hari Paling Terbaik Ramadan Ini

“Bukan Hidangan Mewah Mereka Mahukan, Tapi Cukup Sekadar Alas Perut😭”

(Serendah RM30, anda sudah mampu taja iftar & sahur berterusan mereka)

Sasaran keseluruhan: RM350,000233%

Pahala Berganda Beri Makan Orang Berpuasa

Daripada Zaid bin Khalid, Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya orang berpuasa tanpa sedikitpun kurang.”

(HR Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


BUKTI AGIHAN LEPAS:

Sudah Lama Mereka Nantikan Saat Ini


SITUASI TERKINI:

Selepas Kejatuhan Al-Assad

(Sumber media UtusanTV)

Walaupun negara Syria telah bebas daripada cengkaman Bashar Al-Assad.

Namun, kesan peperangan selama 13 tahun, taraf hidup dan ketidakpastian politik semasa.

Menyebabkan kebanyakkan rakyat Syria yang melarikan diri memilih untuk bertahan di kem-kem pelarian berbanding kembali ke tanah air mereka.


LAPAR & MENGGIGIL:

Ramadan Saat Musim Sejuk

Seperti tahun lepas, rakyat Syria menyambut kedatangan Ramadan di saat musim sejuk masih belum berakhir (hujung April).

Ini bermakna, mereka bukan sahaja perlu menahan lapar & dahaga.

Malah, perlu bertahan dari kesejukan yang mencengkam di bulan Ramadan ini.


SETIAP KALI RAMADAN:

Pasti Situasi Ini Berlaku..

Krisis makanan di kalangan rakyat Syria masih belum ada penghujungnya.

Bahkan, ia semakin teruk semasa musim sejuk melanda.

Ini keadaan terkini saudara di Syria:

1. “Sudah Terbiasa Ikat Perut & Berlapar..”

Ada rezeki dapatlah mereka berbuka dengan makanan. Jika tidak, mereka makan apa sahaja yang ada.


2. “Hanya Berbuka Dengan Air Sahaja..”

Roti adalah juadah berbuka paling istimewa buat mereka. Jika tiada, hanya air kosong pengganti makanan berbuka.


3. “Setiap Hari Tunggu Bantuan Makanan..”

Setiap hari mereka berdoa & berharap, ada insan yang sudi hulurkan bantuan.


SEBAB ITU..

Bantuan Iftar & Sahur Perlu Dikumpul Bermula Sekarang!


RAMADAN 2025:

Kita Buat ‘Kejutan’ Buat Mereka..

Tahun ini, Cinta Syria Malaysia meneruskan Ramadan Mission 12: Tajaan Iftar & Sahur″

JUMLAH PENERIMA:

18,600 Individu

(3,720 Buah Keluarga)

JUMLAH AGIHAN:

3,720 Set Iftar & Sahur

SASARAN DANA:

RM 150,000


JUADAH APA DISEDIAKAN?

Kami sediakan Set Nasi Mandy Ayam, Yogurt & Roti.

Mungkin setahun sekali mereka dapat menikmati juadah ‘mewah’ ini.


DI MANA LOKASI AGIHAN?

Umum tahu, rakyat Syria berada di serata tempat.

Oleh itu, agihan ini akan disalurkan ke 5 buah negara tempat mereka berlindung.


BAGAIMANA NAK BANTU?

Buktikan Keprihatinan Anda..

Cara untuk ‘belanja’ set iftar & sahur kepada mereka mudah saja.

Anda boleh pilih pakej RM30..

Atau boleh pilih pakej lain ikut kemampuan anda dibawah 👇


Percayalah!

Setiap ringgit yang anda infaqkan untuk kenyangkan perut saudara kita yang sedang berpuasa.

Pasti akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda. InsyaAllah.


SOALAN NETIZEN

“Betul Ke Bantuan Ni Sampai, Macam Mana Nak Tahu?”

Ini adalah tahun ke 12 Cinta Syria Malaysia menganjurkan kempen ‘Ramadan Mission’.

REKOD KEJAYAAN YANG LALU:


KERJASAMA KORPORAT

Cinta Syria Malaysia juga bekerjasama dengan organisasi daripada pelbagai bidang dalam usaha untuk membantu mengubah nasib rakyat Syria.


EBOOK PERCUMA!!

Hadiah eksklusif buat anda yang setia menjadi pendokong perjuangan kami.

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan rakyat Syria.