Musim Sejuk Tanpa Alat Pemanas
Rakyat Syria Terancam Mati Beku Jika Tiada Yang Peduli
(Serendah RM30, anda mampu hangatkan mereka sepanjang musim sejuk)

📢 Makluman: Rakyat Syria Juga Terkesan
Akibat Peperangan Yang Melanda Palestin
Setakat ini, sasaran dari pihak musuh berfokus untuk musnahkan sekolah & fasiliti perubatan sekitar Idlib.
Tonton Video Untuk Bayangan Keadaan Sebenar:
Lebih merisaukan, tak lama lagi rakyat Syria bakal berdepan musim sejuk yang melampau.
Tanpa tempat perlindungan, bekalan makanan & alat pemanas.
Bagaimana mereka nak bertahan sepanjang musim sejuk ini?
Sebab itu, hanya kita harapan yang mereka ada agar penderitaan mereka dapat diringankan kelak.
Penderitaan Rakyat Syria Tiap Kali Musim Sejuk Tiba
Musim sejuk bagi rakyat Syria tak seindah seperti yang kita bayangkan.
Dah la diuji dengan peperangan & krisis makanan.
Kini, penderitaan mereka bertambah disebabkan kedatangan musim sejuk yang mungkin akan meragut nyawa.
Bukan itu saja, Kami dimaklumkan bahawa suhu paling rendah boleh mencecah sehingga -5°C.
Ini kisah benar yang berlaku pada rakyat Syria:
1. “Mula-mula rasa kebas dan sakit mencucuk je. Sekarang, dua-dua tangan ni dah tak rasa apa-apa” – Fatimah (50 tahun)

2. “Anak saya terpaksa hidu asap dari pembakaran daun kering & plastik. Kalau tak, malam ni kami tidur dalam kesejukan lagi” – Rahim (30 tahun)

Hanya Kita Harapan Mereka
Salurkan Kehangatan Buat Syria
Ketika ini, Cinta Syria Malaysia sedang giat mengumpul dana bagi mengagihkan alat pemanas dengan segera.
Kami risau, sekiranya bantuan lambat sampai, mungkin lebih banyak nyawa akan terkorban.
Sasaran Keseluruhan:
RM 175,000
Penerima Bantuan:
1,130 Keluarga (5,675 Individu)
Projek Winter Mission (Bahan bakar) ini akan berlangsung sehingga Disember 2023
Di Mana Bantuan Akan Diagihkan?

Ayuh Berganding Bahu
Rakyat Syria Menanti Bantuan Dari Kita!
Cara untuk hulurkan bantuan mudah sahaja.
Anda hanya perlu pilih pakej yang telah disediakan dibawah:

Antara Sukarelawan Yang Menyokong Projek Ini

“Ketika agihan, ada satu guni arang terjatuh atas tanah. Saya tergamam bila tengok kanak-kanak berebut kutip arang yang berterabur tu” – Aizat Amdan

Bukti Agihan Bahan Bakar Yang Lepas


“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya”
(Riwayat Muslim)
Hulurkan sumbangan anda
Platform bantu berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membantu rakyat Syria secara konsisten bersama Cinta Syria Malaysia.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Pemotongan dibuat sehingga 31 Disember
4. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.
Soalan Lazim
Whatsapp untuk bantuan
Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.
Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.