MUSIM SEJUK: TRAUMA RAKYAT SYRIA KINI MENGHANTUI

“Sudahlah Menggigil Kesejukan🥶, Perut Pula Kosong Kerana Terputus Bekalan Makanan😭”

HANYA KITA HARAPAN TERAKHIR MEREKA UNTUK BERTAHAN!

#MisiBersama: Ayuh, kita pastikan bekalan makanan mereka cukup agar tiada seorang pun anak Syria kelaparan sewaktu musim sejuk ini.

Kempen ini akan berakhir dalam..

  

AKIBAT TERDESAK

ANAK KECIL INI TERPAKSA MAKAN RUMPUT!

BANTUAN MAKANAN DISEKAT!

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Makanan Sedunia (WFP) mengumumkan penamatan bantuan makanan.

Dianggarkan, 12 juta rakyat pelarian Syria berisiko kebuluran kesan daripada sekatan ini.

Tak dapat bayangkan apa yang anak kecil akan jamah ketika musim sejuk berada di fasa kemuncak, suhu pula di paras -5 darjah celcius.


DERITA MUSIM SEJUK

INI APA YANG RAKYAT SYRIA PERLU LALUI..

Asbab kesempitan hidup, sebahagian daripada mereka tak mampu untuk menyediakan kelengkapan musim sejuk.

Apabila terdedah suhu sejuk terlalu lama, mereka berisiko untuk terkena:

SELAIN ITU..
ANAK-ANAK KECIL JUGA

1. Terpaksa Ikat Perut & Berlapar

Pada hari biasa pun mereka tiada makanan untuk dijamah, apatah lagi pada musim sejuk.

2. Selongkar Sampah Untuk Kutip Sisa Makanan

Demi sesuap makanan, mereka sanggup menyelongkar sampah.

Dengan harapan, ada sisa makanan yang boleh dijamah bersama keluarga.

3. Setiap Hari Tunggu Bantuan Makanan

Sebahagian rakyat Syria alas perut dengan buah-buahan & sayuran yang dijerukkan.

Namun, belum sempat musim sejuk berakhir, bekalan makanan sudah kehabisan.


“Kuah sup yang tinggal tu, anak kecil ceduk & minum..”

Khairul Hakimi (Sukarelawan CSM)


SEBAB ITU,

BANTUAN MAKANAN PERLU DIKUMPUL SEGERA!

Musim sejuk bermula pada bulan November hingga Februari.

Suhu akan menurun sehingga boleh mencecah paras beku apabila tiba waktu kemuncak.

Paling tragis, khemah tempat mereka berteduh berisiko rosak & runtuh akibat ribut salji yang melanda.


BANTU MEREKA HADAPI KESUKARAN INI

Tahun ini, Cinta Syria Malaysia sekali lagi meneruskan Winter Mission 12.0

SASARAN KESELURUHAN:
RM 250,000

JUMLAH AGIHAN:
1,515 Kotak Makanan

JUMLAH PENERIMA :
Anggaran 10,350 Individu (2,070 Keluarga)

APA YANG ADA DALAM KOTAK MAKANAN?

(Barang kering: Beras, Pasta, Tepung, Gula, Garam, Teh, Kekacang, Minyak masak, Rempah ratus, makanan dalam tin & dll)


DIMANA LOKASI AGIHAN?


SOALAN NETIZEN

“Macam Mana Nak Tahu Bantuan Ini Sampai?”

Untuk makluman, ini adalah tahun ke 12 Cinta Syria Malaysia menganjurkan kempem ‘Winter Mission : Kotak Makanan’.

REKOD KEJAYAAN KEMPEN YANG LALU:


BUKTI AGIHAN YANG LALU:


INILAH MASANYA..

Tunjukkan Tanda Prihatin & Empati Akan Nasib Mereka

Ayuh kita buktikan tanda persaudaraan dengan rakyat pelarian Syria dengan hulurkan bantuan kotak makanan musim sejuk.

Caranya mudah sahaja.

Anda hanya perlu pilih pakej sumbangan dibawah 👇

Atau anda boleh menyumbang seikhlas yang mungkin 👇

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)
Andai ada lebihan rezeki, ayuh laburkan sedikit dengan belanja saudara Syria makan.
Semoga Allah balas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.