Peluang kenyangkan perut saudara berpuasa di Syria tinggal

  

Sudah Bertahun, Masih Begini..

Berikan Suapan Terakhir Juadah Berbuka Buat Syria Di 10 Hari Terakhir Ramadan

(Serendah RM30 taja bekalan makanan saudara Syria, moga dijodohkan Lailatul Qadr)

Sasaran kempen ini RM 650,00018%

Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

AKIBAT TERDESAK

Anak Kecil Terpaksa Makan Rumput

Krisis makanan yang melanda Syria seakan tiada pengakhiran, malah semakin teruk.

Lebih malang lagi, Ramadan kali ini terpaksa ditempuh semasa musim sejuk.

Tak dapat nak bayangkan apa yang akan pelarian Syria jamah untuk bersahur & berbuka sepanjang Ramadan.

Nak sediakan persiapan musim sejuk pun tak mampu, inikan pula persiapan menempuh Ramadan 😭


RAMADAN YANG BERBEZA

Rakyat Syria Berpuasa Pada Musim Sejuk

Ramadan kali ini bakal disambut pada musim sejuk yang masih belum berakhir.

Bayangkan, pada hari biasa pun mereka terpaksa catu bekalan makanan demi bertahan hidup, inikan pula pada bulan Ramadan.

Antara penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Syria ketika Ramadan:

1. “Kami Bukan Setakat Tahan Lapar, Tapi Terpaksa Tahan Sejuk Juga..”

Pada sebelah malam, suhu jatuh sehingga paras beku. Kesejukan ini mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil & bayi.

2.“Mama.. Adik Lapar, Ada Makanan Tak Untuk Adik?”

Kesian, anak kecil terpaksa lalui penderitaan ini kerana tiada pilihan lain, mereka makan apa sahaja yang penting perut terisi.

3.“Dah Lama Bantuan Tak Sampai Ke Kem Kami..”

Ada sesetengah kem pelarian tidak menerima bantuan, oleh kerana terletak jauh di pedalaman atau berada di kawasan yang agak berisiko.

Sehinggakan ada kem yang hanya setahun sekali sahaja menerima bantuan, iaitu pada bulan Ramadan.


KISAH MERUNTUN JIWA

“Kuah sup yang tinggal tu, anak kecil ceduk & minum..”

Khairul Hakimi (Sukarelawan CSM)


BAGI MEMASTIKAN..

Bekalan Makanan Buat Saudara Syria Cukup Sepanjang Ramadan.


Kami meneruskan lagi misi..

Ramadan Mission: Food Parcel 11.0″


Apa Yang Saudara Syria Kita Dapat?

BARANG KERING:
Beras, Pasta, Tepung, Gula, Garam, Teh, Kekacang, Minyak masak, Rempah ratus, makanan dalam tin & dll

BARANG BASAH:
Yugort, Ayam, Daging cincang, Tomato, Kentang, Bawang, Timun, Epal dan Oren


Di Mana Lokasi Agihan?

LOKASI PENEMPATAN:
Turkiye, Lubnan, Jordan, Syria & Komuniti Syria yang tinggal di Malaysia


Sasaran Dana Yang Diperlukan

Ramadan kali ini, kita ingin menyantuni seramai mungkin pelarian Syria.

Atas dasar itu, kami memerlukan sokongan dan bantuan dari seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.

SASARAN
RM 650,000

JUMLAH AGIHAN:
2,045 Kotak Makanan
1,480 Set Bahan Basah

JUMLAH PENERIMA :
14,988 Buah Keluarga Pelarian

Sebelum Ramadan Berakhir

Tunjukkan Tanda Prihatin Kita Kepada Mereka

Ayuh buktikan tanda persaudaraan bersama rakyat Syria dengan bersedekah.

Cara untuk sedekah mudah sahaja.

Anda hanya perlu pilih pakej sumbangan di bawah:


Bukti Agihan Kotak Makanan Yang Lepas


BESAR GANJARAN

KENYANGKAN PERUT ORANG BERPUASA

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(HR Al-Tirmidzi)

Percayalah, setiap ringgit yang anda salurkan demi kenyangkan perut saudara kita yang lapar pasti Allah berikan ganjaran yang berlipat ganda. InsyaAllah.


Kerjasama Korporat

Cinta Syria Malaysia telah bekerjasama dengan organisasi daripada pelbagai bidang dalam usaha untuk membantu mengubah nasib pelarian Syria.

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.