BANTUAN MAKANAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH PELARIAN SYRIA

Ramai yang tak tahu..
Cinta Syria Malaysia telah menubuhkan 3 buah Sekolah KITA di :
1. Afrin (Syria)
2. Mafraq (Jordan)
3. Bangi (Malaysia)
Inisatif ini bagi memberi peluang kepada kanak-kanak pelarian Syria belajar untuk masa depan lebih cerah.
Bagi menampung keperluan makanan tambahan 713 orang pelajar, kami memerlukan sokongan anda.
PENTING
KENAPA KITA KENA BANTU PELAJAR SYRIA?
Tonton video ini sehingga habis kerana anda akan tahu sebab apa bantuan makanan buat pelajar Syria ini penting 👇
DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK PELARIAN SYRIA
Sebenarnya, kebanyakan anak pelarian sangat seronok ke sekolah.
Sehinggakan mereka sanggup berjalan kaki walau jarak yang jauh demi mengubah nasib keluarga.
Malah, sekolah juga merupakan tempat mereka ‘menumpang makan’ bagi mengisi perut yang kosong.
Faktor kemiskinan menyebabkan ibu bapa mereka tak mampu sediakan makanan secukupnya di rumah.

Jadi, demi memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu.
Demi masa depan anak-anak ini, Cinta Syria Malaysia bekerja keras untuk memastikan 3 buah sekolah ini terus beroperasi.
Seterusnya, dapat menyediakan bantuan makanan yang secukupnya buat pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Antara bentuk bantuan makanan yang disediakan:
🌮 Shawarma Ayam
🍞 Roti/Kek
🥛 Minuman/Susu Kotak
*Bentuk bantuan adalah bergantung kepada apa yang disediakan oleh setiap sekolah.
713 Orang Pelajar Dari 3 Buah “SEKOLAH KITA” Sedang Menunggu Bantuan Anda!
Saat ini, jumlah kos yang perlu ditampung bagi ketiga-tiga sekolah ini selama sebulan adalah sebanyak RM89,500.
Pecahan Jumlah Kos Mengikut Sekolah |
---|
SEKOLAH KITA I (RM 20,000/bulan) |
SEKOLAH KITA II (RM 9,000/bulan) |
SEKOLAH KITA III (RM 60,500/bulan) |
SASARAN DANA
Kempen Edu Mission 6.0 (Bantuan Makanan Pelajar) :

Biarpun kita tak mampu turun padang ke setiap sekolah untuk bantu mereka.
Tapi kita masih boleh salurkan sumbangan untuk pelajar-pelajar Syria makan & bersemangat menuntut ilmu.
BAGAIMANA NAK BANTU?
BOLEH PILIH PAKEJ BANTUAN DI BAWAH 👇

Andai Ada Lebihan Rezeki…
Kami sarankan anda ambil pakej tajaan 10 slot makanan buat pelajar Syria ini yang bernilai RM250. Siapa tahu, setiap kunyahan makanan yang mereka makan menjadi pemberat timbangan pahala di akhirat kelak.
“Barangsiapa beri makan pada seorang mukmin, sehingga mengenyangkannya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali orang-orang sepertinya.”
(HR. Thabrani)
APA AKAN JADI PADA PELAJAR SYRIA JIKA TIADA YANG BANTU?
⛔ Tiada semangat nak belajar
⛔ Belajar dalam keadaan lemah & lesu kerana terpaksa berlapar
⛔ Terpaksa kerah tenaga bekerja sebagai buruh kasar/bertani untuk bantu keluarga

Kami mohon agar Ramadan ini, ada sinar baru buat anak Syria ini agar semangat untuk mereka terus belajar dapat dikembalikan dengan bantuan dari saudara seIslam.
BUKTI AGIHAN
BANTUAN MAKANAN PELAJAR YANG LEPAS
Mohon doakan misi ini berjaya supaya ia mampu beri manfaat buat anak kita di Syria. Moga Allah gantikan setiap sen yang anda salurkan pahala berganda & rezeki yang tak terduga kelak. Amin YRA.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama : Persatuan Cinta Syria Malaysia
No Akaun : 1230 0010 0117 07
Tolong letakkan reference ‘Education’ untuk mudahkan pihak kami asingkan dana.
Platform bantu berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membantu rakyat Syria secara konsisten bersama Cinta Syria Malaysia.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.