❤️
PECUTAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

– JEMPUTAN KHAS –

Cinta Syria Malaysia sekali lagi ingin menjemput tuan puan beristiqamah mengumpul pahala secara berterusan di 10 hari terakhir Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan bulan Ramadhan dalam malam ganjil.”

Aisyah R.Anha, katanya:
“Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.”
(HR Muslim)

Melalui sistem khas yang kami gunakan ini, akan membantu tuan puan untuk:

✅ Tidak terlepas peluang sedekah

✅ Istiqamah lakukan kebaikan

✅ Mudah & jimat masa

ANTARA KEMPEN PILIHAN YANG ANDA BOLEH BANTU PADA 10 HARI TERAKHIR INI

(1) Ramadan Mission: Iftar & Pek Roti

Info ringkas: Kempen khas untuk menaja set iftar buat pelarian merasai nikmat berbuka puasa dengan juadah yang enak setahun sekali. Satu pek roti pula mampu mengenyangkan sebuah keluarga yang sudah lama mengikat perut.

(2) Ramadan Mission: Food Parcel Winter

Info ringkas: Kempen tahunan untuk mempersiapkan mereka dengan Ramadan melalui agihan kotak makanan, yang berisi beras, gandum, rempah ratus, makanan dalam tin. Satu kotak makanan mampu bertahan 2 ke 3 minggu bergantung kepada saiz keluarga.

(3) EduMission: Bantuan Makanan

Info ringkas: Bukan sahaja membantu dari segi bekalan makanan, Cinta Syria Malaysia juga cakna terhadap pendidikan kanak-kanak Syria. Melalui, kempen Edu Mission (Bantuan Makanan), para pelajar dibekalkan makanan tambahan dan berkhasiat supaya mereka tidak kelaparan & dapat fokus dalam pelajaran.

Klik butang di bawah untuk menyumbang 👇

SEDEKAH SUBUH PEMBUKA PINTU REZEKI

MULAKAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN DENGAN SEDEKAH SUBUH

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.

Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”

Yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(HR Bukhari)

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula 21 Ramadan (1hb April)

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘CHIP’ yang terbukti selamat seluruh dunia.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +60 11-3313 7539 (Admin Cinta Syria Malaysia)

Pemotongan RM1 akan dipulangkan semula, ianya hanyalah proses untuk pihak bank verified transaksi tersebut. Pemotongan seterusnya bermula 1 Ramadan  mengikut amount yang anda telah pilih.