SERING BERLAPAR & KEKURANGAN ZAT
Datang Ke Sekolah Dengan Perut Kosong, Fokus Belajar Terganggu & Prestasi Merosot
(Ayuh, bantu bekalkan makanan buat 713 orang pelajar Syria di 3 buah SEKOLAH KITA)
PENTING
KENAPA KITA KENA BANTU PELAJAR SYRIA?
Tonton video ini sehingga habis kerana anda akan tahu sebab apa bantuan makanan buat pelajar Syria ini penting 👇
APA ITU “SEKOLAH KITA”?
SEKOLAH KITA merupakan inisiatif Cinta Syria Malaysia dalam membantu kanak-kanak pelarian Syria untuk mendapatkan akses pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.
Sekolah yang pertama ditubuhkan di Mafraq, Jordan pada 2016 dan kini CSM sudahpun miliki 3 buah sekolah yang terletak di Jordan (SEKOLAH KITA I), Turki (SEKOLAH KITA II) dan Malaysia (SEKOLAH KITA III).
“APA ITU KEMPEN EDU MISSION
(Bantuan Makanan Pelajar)?”
Sebenarnya, kebanyakan anak pelarian sangat suka ke sekolah sehinggakan mereka sanggup berjalan kaki dengan jarak yang jauh demi mengubah nasib diri & keluarga.
Bukan itu saja, sekolah juga merupakan tempat anak-anak Syria “menumpang makan” bagi mengisi perut yang kosong.
Faktor kemiskinan menyebabkan ibu bapa mereka tak mampu sediakan makanan secukupnya di rumah.
Jadi, demi memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu, Cinta Syria Malaysia bekerja keras menyediakan bantuan makanan yang secukupnya buat pelajar-pelajar ini.
Antara bentuk bantuan makanan yang disediakan adalah:
🌮 Shawarma Ayam
🍞 Roti/Kek
🥛 Minuman/Susu Kotak
*Bentuk bantuan adalah bergantung kepada apa yang disediakan oleh setiap sekolah.
713 Orang Pelajar Dari 3 Buah “SEKOLAH KITA” Sedang Menunggu Bantuan Anda!
Saat ini, jumlah kos yang perlu ditampung bagi ketiga-tiga sekolah ini selama sebulan adalah sebanyak RM89,500.
Pecahan Jumlah Kos Mengikut Sekolah |
---|
SEKOLAH KITA I (RM 20,000/bulan) |
SEKOLAH KITA II (RM 9,000/bulan) |
SEKOLAH KITA III (RM 60,500/bulan) |
SASARAN DANA
Kempen Edu Mission 6.0 (Bantuan Makanan Pelajar) :
Biarpun kita tak mampu turun padang ke setiap sekolah untuk bantu mereka.
Tapi kita masih boleh salurkan sumbangan untuk pelajar-pelajar Syria makan & bersemangat menuntut ilmu.
BAGAIMANA NAK BANTU?
BOLEH PILIH PAKEJ BANTUAN DI BAWAH 👇
Andai Ada Lebihan Rezeki…
Kami sarankan anda ambil pakej tajaan 10 slot makanan buat pelajar Syria ini yang bernilai RM250. Siapa tahu, setiap kunyahan makanan yang mereka makan menjadi pemberat timbangan pahala di akhirat kelak.
“Barangsiapa beri makan pada seorang mukmin, sehingga mengenyangkannya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali orang-orang sepertinya.”
(HR. Thabrani)
APA AKAN JADI PADA PELAJAR SYRIA JIKA TIADA YANG BANTU?
⛔ Tiada semangat nak belajar
⛔ Belajar dalam keadaan lemah & lesu kerana terpaksa berlapar
⛔ Terpaksa kerah tenaga bekerja sebagai buruh kasar/bertani untuk bantu keluarga
Kami mohon agar Ramadan ini, ada sinar baru buat anak Syria ini agar semangat untuk mereka terus belajar dapat dikembalikan dengan bantuan dari saudara seIslam.
BUKTI AGIHAN
BANTUAN MAKANAN PELAJAR YANG LEPAS
Mohon doakan misi ini berjaya supaya ia mampu beri manfaat buat anak kita di Syria. Moga Allah gantikan setiap sen yang anda salurkan pahala berganda & rezeki yang tak terduga kelak. Amin YRA.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama : Persatuan Cinta Syria Malaysia
No Akaun : 1230 0010 0117 07
Tolong letakkan reference ‘Education’ untuk mudahkan pihak kami asingkan dana.
PECUTAN HARI-HARI TERAKHIR RAMADAN
Cinta Syria Malaysia sekali lagi ingin menjemput tuan puan beristiqamah mengumpul pahala secara berterusan dengan berkongsi rezeki serendah RM5 sehingga hari terakhir Ramadan.
Aisyah R.Anha, katanya:
“Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.”
(HR Muslim)
Kami amat galakkan tuan/ puan menyumbang secara berterusan agar kami dapat bantu lebih ramai saudara Syria sediakan bekalan makanan Ramadan ini.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Isi maklumat penyumbang.
3. Masukkan butiran kad kredit/debit.
4. Sahkan & Selesai
*Pemotongan ini akan dibuat hanya sehingga hari terakhir Ramadan iaitu pada 8 April 2024. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.