Tanpa Tajaan Pendidikan:

Nasib Anak Syria Takkan Berubah & Terpaksa Bekerja Menyara Keluarga!


(Ayuh selamatkan masa depan anak-anak Syria melalui projek Education Mission)

Menurut statistik, 4/5 kanak-kanak pelarian Syria tidak mendapat pendidikan sejak 2011 semasa perang tercetus – Sumber UNCHR

Sejujurnya, bagi kebanyakan anak pelarian, mendapat pendidikan rasmi merupakan satu ‘keperluan mewah’ di kem pelarian.

Malah ada yang sanggup berjalan kaki walaupun cuaca panas terik untuk ke Sekolah, demi mengubah nasib diri & keluarga.

Disamping itu, sekolah juga tempat buat anak-anak Syria ini mengalas perut yang kosong.

Dek kerana ibu bapa mereka tak mampu sediakan makanan secukupnya.


Antara cabaran sebahagian anak-anak Syria yang berpeluang mendapatkan bantuan di Sekolah KITA :

1) MASALAH KEMISKINAN KELUARGA

Kehidupan sebagai pelarian, mereka tiada pendapatan tetap untuk membiayai kos yuran pendidikan yang tinggi,

Apatah lagi membeli alatan pembelajaran seperti beg, alat tulis dan buku teks.

Sekaligus menyebabkan ramai ibu bapa lebih mengutamakan keperluan makanan demi kelangsungan hidup.

2) MENGABAIKAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Selain itu, anak-anak pelarian Syria ini juga terpaksa bekerja sehinggakan ada yang menjadi buruh.

Kesannya, anak-anak ini ketinggalan pelajaran dan akhirnya menjadi generasi buta huruf, tidak reti mengeja, menulis dan membaca.

3) SISTEM PENDIDIKAN YANG LUMPUH

Konflik peperangan di Syria telah menghancurkan banyak bangunan sekolah dan tidak selamat untuk anak-anak belajar.

Manakala, untuk sekolah yang masih bertahan pula mempunyai masalah kekurangan fasiliti & alatan pembelajaran.

Sekaligus membuatkan pelajar sukar untuk belajar.

4) JARAK PERJALANAN YANG TIDAK SELAMAT

Faktor jarak jauh dari kem pelarian dengan sekolah mereka juga menyebabkan anak-anak ini tidak pergi ke sekolah.

Mereka hanya berjalan kaki dalam keadaan gelap serta cuaca yang buruk untuk pergi ke sekolah.


Misi Cinta Syria Malaysia Untuk Masa Depan Generasi Syria


Sejak dari tahun 2016 lagi, tim Cinta Syria Malaysia (CSM) menitikberat isu pendidikan anak-anak pelarian Syria.

Dengan membina 3 buah Sekolah KITA untuk memberi peluang anak-anak ini mengubah nasib hidup mereka.

  • Sekolah KITA I (Mafraq, Jordan) – 100 Orang Pelajar
  • Sekolah KITA II (Afrin, Syria) – 550 Orang Pelajar
  • Sekolah KITA III (Bangi, Malaysia) – 70 Orang Pelajar

Mereka bukan saja diberi pendidikan, malah turut diberi pehatian dalam kebajikan seperti pakaian dan makanan.

Namun begitu, kami masih kekurangan beberapa perkara asas untuk terus membantu pelajar Syria di Sekolah KITA:

  • Alat Pembelajaran (Buku, alat tulis, alat mengajar)
  • Sistem Pengurusan (uniform sekolah, gaji pengajar, program sekolah)
  • Keperluan Kebajikan Pelajar (pengangkutan, makanan)

Atas sebab itulah, sumbangan anda hari ini akan membantu anak-anak pelarian ini menerusi projek Education Mission CSM.


Ayuh tuan/puan, sokong perjuangan Education Mission menyelamatkan generasi harapan Syria!


Memandangkan kos untuk membantu murid-murid ini menelan kos yang tinggi,

Jadi, kami takkan mampu menjayakan projek ini tanpa bantuan orang ramai.

SASARAN KEMPEN : Kami memerlukan dana sebanyak RM420,000 bagi menjayakan misi ini

Dengan jumlah seramai 720 pelajar & 47 tenaga pengajar yang akan dibantu.

Dana yang mencukupi, dapat menampung keperluan selama setahun.

Pembiayaan ini merangkumi:

1/ Kemudahan pembelajaran, buku-buku dan alat tulis
2/ Pelaksanaan program dan aktiviti
3/ Gaji guru dan kakitangan
4/ Pentadbiran dan pengurusan sekolah
5/ Selenggara bangunan
6/ Makan dan minum
7/ Utiliti dan pengangkutan
8/ Dan keperluan-keperluan lain.

Bantuan ini amat diperlukan untuk bangkitkan semangat anak Syria yang dahagakan ilmu dan peroleh tenaga pengajar yang berdedikasi.

Potongan ayat Al Quran buat anda yang berinfak:

” Wahai orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kalian yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kalian. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha kaya lagi Maha Terpuji.”

(QS. Al Baqarah: 267)

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Penama: Persatuan Cinta Syria Malaysia
No. Akaun: 12300010011707
Rujukan: Pendidikan

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.