[#Zulhijjah]: Sedekah Daging Kepada 23,000 Pelarian Syria Pada 10 Hari Terawal Zulhijjah & Rasai Keberkatan Yang Luar Biasa!

(Setahun sekali makan daging, ayuh manfaatkan peluang terakhir sedekah daging sebelum kempen ditutup!)

Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

Mari kita rebut fadhilat pada 10 hari awal Zulhijjah ni dengan ‘korban’kan sedikit harta demi hadiahkan ‘hidangan mewah’ buat pelarian Syria nikmati pada tahun ini.


KAMI KESUNTUKAN MASA


Sekiranya dana yang dikumpul tidak mencapai sasaran sehingga 25 Jun 2023 ini, kemungkinan hasrat 23,000 pelarian Syria untuk menjamah daging terbantut.

Tak dapat bayangkan, bagaimana keadaan mereka di sana yang sudah bertahun tidak berpeluang makan daging disebabkan hidup daif.

Lihatlah, apabila agihan dibuat pada tahun lepas, mereka berebut-rebut sisa daging (sebenarnya lemak) semata-mata untuk merasai nikmat makan daging.

Harga daging amat mahal, jadi amat mustahil bagi mereka yang bergelar sebagai pelarian dan golongan yang daif untuk membelinya.

Hari-hari biasa, mereka cuma makan roti bersama kekacang sahaja.

Kami amat berharap moga anda lah menjadi salah seorang dermawan yang dipilih Allah SWT untuk bantu saudara-saudara pelarian yang kebuluran ini.


” Misi Berkongsi Nikmat Bersama Saudara Syria”


Tahun ini adalah tahun ke 10, Cinta Syria Malaysia (CSM) menganjurkan Projek Qurban Mission.

Sasaran Aidiladha 2023:

100 Ekor Kambing Korban & Aqiqah

Akan diagihkan kepada 23,000 penerima di 4 buah kawasan utama, iaitu:

1) Utara Syria
2) Lubnan
3) Jordan
4) Malaysia (agihan di Sekolah KITA, Bangi)

Lokasi agihan tersebut merupakan tempat yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif dan kesusahan.


Recap Korban & Aqiqah Syria Tahun 2022



Pilih Pakej Sedekah Daging Korban


Antara pilihan pakej sumbangan:
✅ Sedekah Daging 10 – RM 500
✅ Sedekah Daging 4 – RM 200
✅ Sedekah Daging 2 – RM 100
✅ Sedekah Daging 1 – RM 50
✅ Infaq Umum – RM20
.
✅ Aqiqah 1 ekor – RM1, 499.00
✅ Korban 1 Ekor – RM 1,399.00

*Nota Penting:

Bagi anda yang ingin mendaftar korban bersama kami, anda akan menerima:
+ E-sijil pembelian
+ Gambar hasil penyembelihan
+ Update proses penyembelihan di Telegram group


KEMPEN BAKAL TAMAT 25 JUN 2023

Ayuh segera lakukan sedekah korban ini sebelum slot penuh!


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin,  iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.”

Untuk Sumbangan ‘SEDEKAH DAGING’ Secara Manual / Bank Transfer / CDM

Jenis Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Penama: Persatuan Cinta Syria Malaysia
No. Akaun: 12300010011707
Rujukan: Qurban Syria

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.