
KORBAN AFRIKA 2023:
Panggilan Terakhir: Daftar Korban di Afrika & Nikmati Keberkatan Amalan Pada 10 Hari Terawal Zulhijjah
(Sasaran 5,000 Keluarga Daif di Chad & Kenya Akan Dibantu Hadiahkan Daging Korban Menjelang Aidiladha)
“PENTING KE KORBAN?”
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi.
Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
(Riwayat al-Tirmizi)
“HIKMAH BERKORBAN”

INSHA-ALLAH,
TAHUN INI CINTA SYRIA MALAYSIA (CSM) AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM IBADAH KORBAN DI BENUA AFRIKA!
“MENGAPA DI AFRIKA ?”
(1) MISKIN – SETAHUN SEKALI MAKAN DAGING
Seperti yang kita sedia maklum, negara – negara di Afrika adalah antara negara termiskin di dunia.
Menurut World Health Organisation (WHO), kes kematian kerana kebuluran dan penyakit ‘malnutrisi’ sangat tinggi.
Sehinggakan setiap satu jam akan ada kematian akibat kebuluran.
Oleh sebab itu, ‘juadah mewah’ seperti daging korban ini sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka saban tahun.

(2) MURAH – RM 350 SATU BAHAGIAN
Nilai mata wang negara kita yang 5x kali ganda daripada mata wang Afrika menyebabkan harga lembu di sana jauh lebih murah.
Sebab itu, kebanyakkan umat Islam di Malaysia memilih untuk sertai ibadah korban di luar negara berbanding di dalam negara.
Walaupun begitu, tim Cinta Syria Malaysia tetap komited dalam memastikan kualiti lembu yang dikorbankan adalah yang terbaik.
Serta menepati syarat sah binatang korban yang ditetapkan.

(3) DITINDAS – NEGARA MINORITI ISLAM
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pergolakan hebat yang berlaku di Sudan.
Disebabkan konflik ini, lebih 100,000 rakyat Sudan keluar hanya dengan berjalan kaki dan menjadi pelarian di negara Chad.

Situasi ini telah menyebabkan negara Chad bergantung harap 100% kepada bantuan luar untuk memenuhi keperluan pelarian baru.
Jadi, bantuan agihan daging korban pada tahun ini, adalah sangat diperlukan untuk membantu saudara Islam kita di sana.
“BAGI MELANCARKAN MISI KORBAN INI, SEBANYAK RM 307K DIPERLUKAN!“
Sasaran ini meliputi:
✅ 55 Ekor Korban Lembu
Penerima manfaat terdiri daripada 5,000 keluarga di kawasan Chad & Kenya.
Dimana, mereka terdiri daripada keluarga miskin dan pelarian yang ditindas.

“PAKEJ KORBAN & BAHAGIAN”
Nilai korban bagi 1 bahagian lembu serendah RM350 dan nilai bagi korban 1 lembu adalah RM2,450.

“APA KELEBIHAN SERTAI KORBAN BERSAMA CSM ?”
Bagi anda yang ingin mendaftar korban bersama kami, anda akan menerima:
✅ E-sijil pembelian
✅ Gambar hasil penyembelihan

” BELUM BERSEDIA SERTAI KORBAN ?”
Meskipun ibadah korban ini sangat dituntut, namun pasti ada antara kita yang belum berkemampuan untuk sertai korban.
Jadi, buat mereka yang tidak ingin terlepas keberkatan Aidiladha, kami membuka peluang untuk sertai ibadah SEDEKAH DAGING.
Mana tahu asbab sedekah ini, Allah akan murahkan rezeki untuk melaksanakan ibadah korban pada depan. Insha-Allah, amin.
p/s: Setiap 1 lot sedekah daging, akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu;
(a) lot daging (kg)
(b) bahagian bantuan umum yang akan diberikan untuk pendidikan Sekolah KITA

DIBUKA SEHINGGA 25 JUN 2023
Ayuh segera lakukan ibadah korban ini sebelum slot penuh!
Ayuh, segera laksanakan ibadah korban anda dan boleh juga daftarkan ibadah korban ini buat ibu bapa tersayang sebagai hadiah Aidiladha ini sebelum penyertaan ditutup.
Untuk transaksi sumbangan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Jenis Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Penama: Persatuan Cinta Syria Malaysia
No. Akaun: 12300010011707
Rujukan: Korban Afrika
Pilih pakej
Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.