
PELUANG UNTUK DAPAT PAHALA BERGANDA SUDAH HAMPIR BERAKHIR…
Ayuh lipatgandakan pahala dengan sedekah setiap hari taja juadah berbuka pelarian Syria.
Kami cadangkan sepanjang Ramadan ini, kita ambil peluang bersedekah sepanjang bulan supaya kita mendapat ganjaranya. Amin.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
Pemotongan ini akan dibuat hanya sehingga 30 Ramadan bersamaan 21 April.
Soalan Lazim
RAMADAN SUDAH BERADA DI PENGHUJUNG: Bulan dimana terbukanya pintu-pintu Syurga seluas-luasnya, manakala pintu-pintu neraka ditutup sudah tiba ke penghujungnya.
Alhamdulillah untuk nikmat tahun ini, kita sudah dapat pergi ke bazar, solat jemaah di masjid dan iftar bersama keluarga dengan pelbagai juadah enak.
Namun, buat saudara kita di Syria, mereka setiap hari menunggu bantuan makanan dari luar demi melaksanakan amal ibadah puasa sama seperti kita.
MANFAATKAN BULAN RAMADAN DENGAN BERSEDEKAH SEBANYAK YANG BOLEH
Di antara amalan berkongsi (sedekah) yang paling istimewa di bulan mulia ini adalah, dengan beri makan orang yang berpuasa, seperti sabda Rasulullah SAW:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR Muslim)
Ruginya jika masuk Ramadan, amalan kita sama seperti hari-hari lain, kerana pada bulan Ramadan inilah digandakan pahala atas setiap kebaikan yang dibuat.
PELARIAN SYRIA TERBIASA MENAHAN LAPAR
Krisis bekalan makanan di kalangan pelarian Syria masih belum dapat diatasi.

Ditambah pula dengan kedatangan Ramadan yang bakal tiba, hari-hari pelarian Syria di kem kian sukar asbab tiada bekalan makanan.
Jika kita berbuka penuh juadah enak di meja, mereka mungkin hanya memakan roti kering dan cicah dengan air hujan.
Jika tiada makanan, mereka teruskan ‘berpuasa’ seharian seperti hari-hari biasa yang lain.
BERJUTA PELARIAN TUNGGU BANTUAN RAMADAN
Biarpun anda melihat banyak NGO yang turun padang membantu, namun jumlah pelarian Syria terlalu ramai & kian bertambah setiap hari.

Atas sebab itulah kami ingin mengajak anda untuk kita manfaatkan kemulian bulan ini, dengan taja juadah iftar & pek roti buat pelarian Syria di:
+ Syria: Azaz, Albab, & Afrin
+ Lubnan: Beqaa & Aarsal
+ Turki: Kilis, Hatay, Reyhanli & Sanliurfa
+ Jordan: Mafraq
+ Malaysia: Selangor

SASARAN BANTUAN: RM 200K DIPERLUKAN UNTUK MENYANTUNI RATUSAN RIBU PELARIAN
Pada Ramadan tahun 2023 ini, kami mensasarkan dana sebanyak RM 200,000, bagi menyediakan:
➡ 2,152 Set Iftar (bersamaan juadah untuk 10,760 individu)
✅ Nasi Mandi, Nasi Kabsah, Kebab Daging, & Broasted Chicken
➡ 5,700 Pek Roti (bersamaan agihan untuk 28,500 individu)

Untuk anda yang berminat untuk berinfaq, anda boleh pilih pakej tajaan seperti di bawah:
✅ Hot Meal Iftar (7 Keluarga) – RM 315
✅ Hot Meal Iftar (5 Keluarga) – RM 225
✅ Hot Meal Iftar (3 Keluarga) – RM 135
✅ 5 Pek Roti (30 Individu) – RM150
✅ 2 Pek Roti (12 Individu) – RM60
✅ 1 Pek Roti (6 Individu) – RM30
Nota: Nilai RM30 cukup untuk kami berikan 1 pek roti untuk 1 keluarga (5 -6 individu).
PILIHAN PAKEJ APA YANG TERBAIK UNTUK ANDA PILIH?
Terima kasih kami ucapkan atas kesudian anda berkongsi rezeki bersama pelarian Syria.
Sejujurnya, kami menggalakkan anda untuk menaja pakej “Hot Meal Iftar (3 Keluarga) – RM 135”
Supaya seramai 15 -18 individu (bersamaan 3 Keluarga) dapat merasa juadah berbuka enak sempena Ramadan berbanding hari-hari lain.

InsyaAllah besar / kecil jumlah infaq anda, Allah SWT sentiasa menyayangi hambaNya yang suka berkongsi rezeki membantu saudara Muslim yang lain.
P/s: Semoga kita semua akan beroleh pahala seperti beribadah lebih dari 1000 bulan hendaknya. Amin…
AYUH SEGERA KEJAR MANFAAT INFAQ RAMADAN SEBELUM DITUTUP (21 APRIL 2023)!
Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Penama: Persatuan Cinta Syria Malaysia
No. Akaun: 12300010011707
Rujukan: Iftar Roti
Whatsapp untuk bantuan
Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.
Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.